Analisiskan faktor yang mempengaruhi kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah pada awal abad ke-19 hingga awal abad ke-20 Masihi
PENDAHULUAN Empayar Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul (Utahman I) pada tahun 1299 Masihi dan mencapai kegemilangan pada zaman Sulaiman al-Qanuni namun setelah kematian baginda pada tahun 1566, empayar ini mula merosot. Hal ini telah menyebabkan pihak barat seperti Perancis, British dan Rusia berlumba-lumba meluaskan kuasa mereka ke atas empayar itu. Namun disebabkan pelbagai factor akhirnya membawa kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah sehingga memberi impak kepada dunia islam . ISI-ISI PENTING 1. Kelemahan Pemerintah Selepas kemangkatan Sultan Sulaiman al-Qanuni , empayar Turki Uthmaniyah mula menampakkan kejatuhan dan kemunduran kerana sultan-sultan selepas baginda sangat lemah dari segi kepimpinan dan keperibadian. Sikap sultan yang mementingkan hiburan dan kesenian menyebabkan kerosakan moral. Contohnya Sultan Murad III telah dikuasai nafsu sepanjang pemerintahannya sehingga mempunyai 118 orang anak. Sultan Ibrahim pula membunuh 100 ribu orang dan menyaksika