Analisiskan faktor yang mempengaruhi kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah pada awal abad ke-19 hingga awal abad ke-20 Masihi


PENDAHULUAN
  •  Empayar Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul (Utahman I) pada tahun 1299 Masihi dan mencapai kegemilangan pada zaman Sulaiman al-Qanuni namun setelah kematian baginda pada tahun 1566, empayar ini mula merosot.
  •  Hal ini telah menyebabkan pihak barat seperti Perancis, British dan Rusia berlumba-lumba meluaskan kuasa mereka ke atas empayar itu. 
  • Namun disebabkan pelbagai factor akhirnya membawa kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah sehingga memberi impak kepada dunia islam .
ISI-ISI PENTING

1. Kelemahan Pemerintah Selepas kemangkatan Sultan Sulaiman al-Qanuni, empayar Turki Uthmaniyah mula 
menampakkan kejatuhan dan kemunduran kerana sultan-sultan selepas baginda 
sangat lemah dari segi kepimpinan dan keperibadian.

  • Sikap sultan yang mementingkan hiburan dan kesenian menyebabkan kerosakan moral. Contohnya Sultan Murad III telah dikuasai nafsu sepanjang pemerintahannya sehingga mempunyai 118 orang anak. Sultan Ibrahim pula membunuh 100 ribu orang dan menyaksikan sendiri pembunuhan 25 ribu orang daripadanya.
  • Kehidupan sultan yang hidup bermewah-mewah dan tidak bermoral menyebabkan muncul ramai penentang yang tidak berpuas hati dengan pemerintah dan berusaha mengubah kepemimpin yang ada. Peluang ini digunakan oleh Barat untuk mempengaruhi golongan berpendidikan moden agar bersekongkol dengan mereka bagi memudahkan usaha meluaskan kuasa ke atas empayar Turki Uthmaniyah.
  •  Masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan pemerintah menyebabkan kerajaan Turki mempunyai pemimpin yang bersilih ganti. Keadaan ini telah memberi kesan ke atas pemerintahan apabila sistem syura tidak lagi diamalkan untuk memilih pemimpin sebaliknya pemilihan dilakukan berdasarkan kekuatan dan pengaruh.Wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan putera-putera raja hingga mencetuskan perang. Keadaan yang tidak stabil ini memudahkan pihak barat meluaskan kuasa mereka ke atas empayar Turki Uthmaniyah.
  •  Kerajaan Uthmaniyah Dikuasai oleh Kelompok-kelompok tertentu dalam Istana.Penguasaan kelompok-kelompok tertentu ini jelas dilihat selepas kemangkatan Sulaiman al-Qanuni. Pemerintahan Sultan Ibrahim misalnya dipengaruhi oleh bonda dan tiga orang isteri baginda.Mereka telah masuk campur dalam pemerintahan untuk menyingkirkan Wazir Agung Kara Mustafa. Penyingkiran wazir yang berwibawa dan bijaksana tersebut memudahkan pihak Barat menguasai Turki.

2. Kekalahan dalam Perang Dunia Pertama

  •  Turki Uthmaniyah telah terlibat dalam PD 1 (1914-1918) sebagai sekutu Jerman dan telah mengalami kekalahan yang teruk.Kekalahan tersebut sebenarnya merupakan perancangan anggota freemanson (pertubuhan Yahudi) yang menyertai tentera Turki Uthmaniyah
  • Kekalahan ini menyebabkan kehancuran pemerintahan kerajaan Turki Uthamaniyah
 
3. Kelemahan sistem ketenteraan

 Kelemahan sistem ketenteraan begitu ketara apabila tentera-tentera Turki terutama 
pegawai atasan mulai tidak berdisiplin. Hal ini didorong oleh persaingan antara 
putera-putera sultan untuk menaiki takhta menyebabkan pihak tentera turut bersaing 
dan bebas memihak kepada mana-mana putera. 

 Terdapat putera sultan yang berjaya menaiki takhta bukan kerana kemampuan 
sebaliknya kerana sokongan para tentera. Contohnya, pelantikan Bayezid I dan 
Salim II.

 Pembubaran pasukan elit tentera Janissari (inskhisariyah) oleh sultan Mahmud II pada 
awal abad ke-19M memberi impak negatif kepada kerajaan Turki 
Uthmaniyah.Tentera Janissari merupakan tunjang kekuatan Turki Uthmaniyah dan 
kuasa yang dapat mengimbangi kekuasaan mutlak sultan.
Reformasi ketenteraan Nizam -i-Cedid ala Barat oleh Sultan Mahmud II tidak berjaya 
menghasilkan kekuatan tentera, malah kekuatan tentera Turki semakin lemah 
sedangkan kekuatan tentera Eropah semakin meningkat.

 Pemodenan militer yang tidak seimbang dengan peningkatan disiplin , ilmu dan 
teknologi ketenteraan menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyah tidak mampu 
berhadapan dengan persenjataan Barat yang lebih maju di medan perang.

 Kemunculan pegawai-pegawai muda tentera yang memainkan peranan penting dalam 
komplot rampasan kuasa menggulingkan institusi kesultanan Turki Uthmaniyah 
termasuk Mustafa Kamal

 Diskriminasi kenaikan pangkat yang luas kepada anak-anak pegawai tentera 
menyebabkan asas disiplin dalam ketenteraan terjejas.

 Tentera-tentera Turki tidak mampu lagi mempertahankan wilayah-wilayahnya 
daripada perluasan kuasa Barat. Negara-negara naungan telah membebaskan diri dan
mula ditakluk pihak Eropah.

 Buktinya, Montenegro, Bosnia, Balkan, Herzegovina, Serbia dan lain-lain 
memberontak dan berjaya membebaskan diri dan kemudiannya dikuasai Barat.

4. Peranan Turki Muda

 Kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyah awal abad ke-20 membawa kepada 
kemunculan gerakan Uthmani Muda, Turki Muda dan gerakan sekular.Era 
kebangkitan golongan Uthmani Muda, sistem khalifah masih mampu bertahan.

 Namun, era regim turki muda, mereka berjaya mendominasi pentadbiran kerajaan dan 
ketenteraan.Mereka berusaha memodenkan bidang pentadbiran kerajaan dan 
membubarkan institusi kesultanan Turki Uthmaniyah

 Sekular menjadi prinsip utama dalam proses pemodenan Turki dan seterusnya 
melemahkan pengarauh islam .

5. Gerakan Anti Uthmaniyah

 Campurtangan zionis antarabangsa dan ffeemason (pertubuhan yahudi ) yang bermula 
sejak abad ke 16M membawa kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah terutama 
di bawah gerakan Jawatankuasa Persatuan dan Kemajuan (The Committee of Union 
and Progress –CUP) pimpinan anggota terkemuka seperti Anwar Pasha, Tal‟at 
Pasha, Jamal Pasha,Helida Edib dan Mustafa Kamal Pasha

 Ahli-ahli kumpulan CUP menguasai pentadbiran kerajaan Turki Uthamaniyah selepas 
penyingkiran Sultan Adul Hamid II. Sejajar dengan tuntan zionesme kumpulan 
Turki Muda (Young Turks) berjuang atas landasan nasionalisme Turanian (Pan 
Turanianisme) di mana mereka berpendapat bangsa Turki lebih unggul daripada 
bangsa-bangsa lain

 Perdebatan politik dan sosial seringkali terjadi antara golongan-golongan elit politik 
yang menginginkan perubahan dalam pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah.

6. Gerakan Nasionalisme Arab

 Bermula abad ke-18M hingga awal abad ke-20M berlaku pergolakan di kalangan 
bangsa Arab di al-Jazirah yang tidak mahu mengiktiraf kerajaan Turki Uthmaniyah . 
Bangsa Turki bertindak demikian kerana mereka mula menyedari kelemahan dan 
kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyah

 British berjaya mempengaruhi pemimpin Arab seperti keluarga Saud di Najd dan 
Shariff Hussain di Hijaz agar t menentang penguasaan Turki Uthmaniyah di Arabia.

 British memainkan sentimen nasionalisme dengan mengaitkan kemuliaan dan 
kelayakan bangsa arab berbanding Turki sebagai pemimpinan umat islam .Elemen 
ketidaksetiaan bangsa Arab, bahkan menjadi tali barut Barat menyumbang kepada 
kemerosotan penguasaan Turki Uthmaniyah terhadap dunia islam

7. Perkembangan Pendidikan Barat

 Sekolah-sekolah dan institusi missionari di bawah kawalan barat ditubuhkan di 
wilayah Turki Uthmaniyah.Ia menjadikan anak-anak umat islam semakin jauh 
daripada ajaran islam malah lebih dekat kepada budaya kristian.Mereka akhirnya 
takjub kepada tamadun Barat dan kurang selesa dengan tamadun Timur.Sekolah-
sekolah moden dengan kurikulum, buku teks, guru-guru yang mendapat galakan 
missionari memberi kesan yang cukup hebat terhadap minda umat islam dari segi 
kecenderungan kepada ilmu Eropah.

 Penghantaran pelajar ke Eropah oleh kerajaan Turki Uthmaniyah terutama dalam 
bidang pengajian sastera dan sains sosal telah membentuk pemikiran, nlai dan 
tingkahlaku baharu terhadap agama , nasionalisme dan reformasi politik ala 
barat.Contoh Ziya Gokalp (1875-1924) bapa nasionalisme Turki merupakan pemuja 
tamadun barat.Nasionalis Mustafa Kamal Artatuk (1881-1934) berjaya melaksanakan 
misi penghapusan institusi khilafah, pengaruh keagaman dan menggantikannya 
dengan sistem sekularisme dan nasionalisme.

8. Kelemahan ekonomi

 Penghujung era kerajaan Turki Uthmaniyah , mereka terpaksa menangung beban 
hutang yang dipinjam dari bank-bank riba Eropah contohnya semasa pemerintahan 
Sultan Abdul Hamid II (1876 -1909) kerajaan Turki Uthmaniyah berhutang sebanyak 
RM200 juta pound sterling

 Korupsi , pemborosan dan kekalahan di medan perang semakin menjejaskan dana 
kerajaan Turki Uthmaniyah.Pendapatan negara semakin berkurangan sementara 
perbelanjaan semakin besar terutama bagi membiayai kos peperangan

 Kerajaan Uthmaniyah mengalami hutang yang kronik.Contohnya zaman 
pemerintahan Sultan Mahmud (1808 – 1839) yang terlalu mengagumi kemajuan 
Eropah telah membina projek jaringan keretapi “Orient Railway” dan pembinaan 
Istana Dolmabahce yang megah menggantikan Istana Topkapi.Akibatnya jerat 
hutang semakin bertambah, bunga hutang yang mencekik menyebabkan Kerajaan Uthmaniyah hampir bankrup

 Ini membuktikan proses Tanzimat dalam bidang ekonomi memberikan kesan buruk 
dalam kestabilan ekonomi dan menghancurkan Turki Uthmaniyah.

KESIMPULAN

 Oleh itu jelaslah bahawa pihak Barat seperti Perancis, British dan Rusia berjaya 
meluaskan kuasa mereka ke atas Empayar Turki Uthmaniyah pada awal abad ke-20 
kerana pada masa tersebut pemerintahan Turki sangat lemah. Kelemahan ini dapat 
dilihat dalam aspek kepimpinan dan ketenteraan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bincangkan peranan Rashid Rida dalam gerakan pembaharuan di Mesir

Faktor kemunculan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu di Nusantara dari abad ke-16 hingga 17 Masihi

Peluasan kuasa barat: Perluasan Kuasa Barat pada Zaman Uthmaniyah