Bincangkan peranan Rashid Rida dalam gerakan pembaharuan di Mesir

Tema 3: Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
  • Reaksi Masyarakat Mesir.


Soalan: Bincangkan peranan Rashid Rida dalam gerakan pembaharuan di Mesir (20m)

Pendahuluan
  • Nama sebenar Rashid Rida ialah Muhammad Rashid bin Ali Rida bin Muhammad Shams al-Din bin Muhammad Baha al-Din bin Munla Ali Khalifah (1865-1935). Dilahirkan di kampung Qalamun berhampiran Tripoli, Syria pada 23 September 1865.
  • Rashid Rida mendapatkan pendidikan awal di kuttab Qalamun dan melanjutkan pengajian di Madrasah al-Rasyidiyyah dengan mempelajari ilmu hisab, nahu, saraf, akidah dan sebagainya.
  • Pada 1879, beliau belajar di Madrasah Wataniyyah yang didirikan ulama tempatan terkemuka, Sheikh Husain Jisr. Sheikh Husain memainkan peranan dalam menanamkan semangat ilmiah dan idea pembaharuan dalam diri Rashid Rida
  • Pembentukan idealisme Rashid Rida dipengaruhi oleh pemikiran Imam al-Ghazali menerusi karya Ihya' Ulumuddin dan pemikiran Ibn Taimiyyah.
  • Beliau mengikut perkembangan gerakan islah dunia Islam khasnya di Mesir dengan menelaah akhbar al-Urwah al-Wuthqa, karya Jamaluddin al-Afghani dan Muhammd Abduh
  • Pada tahun 1897. Rashid Rida meninggalkan Syria dan pergi ke Mesir untuk kerjasama dengan Muhammad Abduh. Gabungan Muhammad Abduh dengan Rashid Rida menyemarakkan lagi gerakan pembaharuan dan kebangkitan umat Islam di Mesir.
  • Gerakan pembaharuan (islah) di Mesir sebenarnya banyak mengambil inspirasi dan ketegangan tercetus berikutan pencerobohan kuasa Barat terhadap politik, ekonomi, dan sosial Mesir pada abad ke-19M.

Isi Utama
1. Gerakan pembaharuan dalam bidang keagamaan
  • Menurut Rashid Rida, kemunduran dan kelemahan umat Islam di mesir disebabkan kebekuan ulama dan kezaliman para pemerintahan.
  • Kecenderungan taklid dan jumud menimbulkan sikap saling menyalahkan yang akhirnya membawa perpecahan dan pemusnahan. Umat Islam perlu memahami ajaran Islam yang akan membawa kepada penyatuan sebagaimana berlaku pada zaman Nabi Muhammd saw
  • Unsur bidaah merugi dan menghalang kemajuan umat Islam.Rashid Rida menentang keras ajaran syeikh-syeikh tarekat yang menolak kepentingan hidup duniawi. Begitu juga puji-pujian dan ketaatan berlebihan pengikut kepada mereka
  • Dalam bidang muamalah, hanya dasar-dasar utama yang dinyatakan seperti keadilan, persamaan pemerintahan syura dan lain-lain. Perician dan pelaksanaan dari dasar-dasar ini disearhakan kepada umat Islam menentukannya. Hukum-hukum fegah berkaitan hidup bermasyarakat, sesungguhnya berdasarkan kepada al-Quran dan hadis tidak boleh dianggap mutlak daan tidak boleh berubah. Hukum-hukakam ini timbul sesuai dengan situasi tempat dan zaman.
  • Rashid Rida mengajurkan toleransi bermazhab.
  • Faktor kemunduran umat islam adalah sikap taklid dan jumud sedangkan salah satu faktor kemajuan masyarakat Barat ilah unsur dinamisme. Justeru, sikap taklid dan jumud perlu dihapuskan dan digatikan dengan konsep dinamisme dan progresif. Kemajuan oleh umat islam sendir. Dinamisme dan progresif terkanding dalam pengertian jihad. Semangat jihad inilah yang menyebabkan umat Islam di zaman klasik dapat menguasai dunia.
  • Rashid Rida menghargai peranan akal dalam hal-hal hidup masyarakat tetapi tidak terhadap ibadah. Konsep ijtihad berkaitan akal akan memacu diri untuk berfikir tentang agama dan umatnya
2. Gerakan pembaharuan dalam bidang pendidikan dan keilmuan

  • Rashid Rida berpendapat ketamadun Barat didasari kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi. Dalam hal ini, beliau mendokong program Muhammad Abduh mereformasi pendidikan dengan memasukkan ilmu-ilmu umum (dunia) ke dalam institusi pendidikan milik umat Islam di Mesir. Ini kerana ilmu dunia termasuk teknologi Barat tidak bertentangan dengan Islam. Bahkan, beliau berpendapat wajib umat Islam mempelajari ilmu dunia dan teknologi moden asalkan dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan.
  • Barat maju kerana mereka mahu mengambil ilmu yang dikembangkan oleh umat Islam khususnya di zaman Khalifah Abbasiyah. Justeru, mengambil ilmu pengetahuan Barat bererti mengambil kembali ilmu yang pernah dimiliki umat Islam.
  • Rashid Rida mengintergasikan pendidikan agama dan pendidikan moden dengan menubuhkan 'Madrasah al-Dakwah Wal Irsyad' pada tahun 1912 di kaherah, Mesir. Penubuhan madrasah ini bertujuan menyaingi dan mengimbangi sekolah missionari Kristian kerana ramai umat Islam menghantar anak ke sekolah missionari kerana menawarkan ilmu dunia dan teknologi moden. Rashid Rida bercadang menghantar pelajar lulusan dari madrasah ke mana-mana negara Islam yang memerluka. Namun madrasah ini terpaksa dihentikan kerana situasi gawat berikutan Perang Dunia Pertama.

3. Gerakan pembaharuan dalam bidang politik.

  • Rashid Rida menganjurkan kesatuan umat melalui penubuhan negara Islam dalam bentuk kekhilafan.
  • Beliau ingin menghidupkan kembali sistem Khalifah zaman moden kerana bentuk pemerintahan seperti ini akan membawa kepada kesatuan umat Islam.
  • Peringkat awal, Rashid Rida meletakkan harapan kepada kerajaan Turki Uthmaniyah tetapi harapannya hancur apabila Mustafa Kamal Attaruk berkuasa di Istanbul dan kemudian menghapuskan sistem khilafah serta menjadikan Turki sebuah negara republik.
  • Rashid Rida menganjurkan muktamar di Kahera, Mesir pada tahun 1926 bagi menghidupkan kembali sistem pemerintahan khalifah. Muktamar ini dihadiri wakil-wakil dari negara-negara Islam. Namun muktamar ini berakhir dengan kegagalan kerana tiada kesepakatan yang dicapai antara perwakilan.

4. Hasil Karya

  • Rashid Rida seoarang penulis prolifik dan berpengaruh dengan reformasi (islah) Islam, Pan-Arabisme, Pan-Islamisme dan nasionalisme Arab.
  • Karya-karyanya merangkumi bidang ilmu yang membincangkan pelbagai tema dan persoalan bersifat menyeluruh seperti agama, politik, masyarakat, ekonomi, bahasa, sastera dan sejarah.
  • Penulisan karya Rashid Rida adalah refleksi daripada pemikiran islah dan tajdid yang sebati dalam dirinya. Karya beliau diakui mejadi wahana dakwah kepada umat Islam sepanjang zaman.
  • Beliau banyak menghuraikan idea-idea dan gagasan Islah Syeikh Muhammad Abduh dalam majalah al-Manar.
  • Antara hasil karya penulisan ilmiah beliau ialah al-Hikmah as-Syar'iyah fi Muhakamat al-Dadiriyah wa al-Rifa'iyah. Isi kandungan menjelaskan kekeliruan dilakukan pengamal tasawuf, tentang sikap non-muslim, isu dakwah dan sebagainya.
  • Karya al-Azhar dan al-Manar. Antara isi kandungan termasuk sejarah penubuhan Universiti al-Azhar, perkembangan dan misinya serta bantahan ulama al-Azhar yang menentang pendapat-pendapatnya.
  • Karya Tarikh al-Ustadz al-Imam berkenaan riwayat hidup Muhammad Abduh dan perkembangan masyarakat Mesir pada masanya.
  • Kitab Nida'li al-Jins al-Lathif berkaitan tentang hak dan kewajipan wanita
  • Karya al-Sunnah wa as-Syi'ah dan Risalah al-Tawhid. Kandungan berkaitan isu akidah.
  • Haqiqah al-Riba dan Manasik al-Haji. Kandungan berkaitan isu feqah.
  • Al-Wahhabiyyun wa al-Hijaz dan al-Khalifah wa al-Imamah. Kandungannya berkaitan isu politik.
  • Majalah al-Manar. Kandungannya membincangkan tentang persoalan pembaharuan Islam. Majalah ini mempunyai nilai ilmu yang tinggi
  • Tafsir al-Manar
  • Karya Zikra al-Maulid an-Nabawi
  • Karya al-Wahdah al-Islamiyah
  • Karya-karya Rashid Rida secara umumnya dibahgikan kepada tiga kategori. Pertama, karya asli yang dihasilkan oleh beliau sendiri seperti Majalah al-Manar (1898-1935), dan al-Khilafah wa al-Imamah (1922). Kedua, karya berbentuk ulasan daripada penulisan lain seperti al-Risalah al-Sunniyyah fi al-Salat Wama Yalzimu. Ketiga, karya berbentuk risalah ringkas seperti al-Muslimin wa al-Qibt wa al-Mu'tamar al-Misri (1911).
Kesimpulan

  • Usaha-usaha kebangkitan semangat Islam yang dilakukan oleh golongan intelektual Islam seperti Rashid Rida menjadi benteng umat Islam daripada idea dan pemikiran Barat yang tidak selari dengan syariat Islam.
  • Penyelesaian kepada kelemahan dan kekusutan melanda umat Islam adalah melalui penekanan terhadap pengintergrasian pendidikan ilmu agama dan ilmu dunia yang menjadi prasyarat kepada pembaharuan dan kemerdekaan Mesir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Faktor kemunculan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu di Nusantara dari abad ke-16 hingga 17 Masihi

Peluasan kuasa barat: Perluasan Kuasa Barat pada Zaman Uthmaniyah