Peluasan kuasa barat: Perluasan Kuasa Barat pada Zaman Uthmaniyah

Helo semua, apa khabar? Moga semua sihat-sihat selalu jangan lupa minum banyak air kerna cuaca sekarang tidak menentu. Jadi entri pada hari ini adalah tentang sejarah perluasan kuasa barat dan ini merupakan silibus bagi pembelajaran STPM

Sejarah Ringkas & Padat Tentang Empayar Turki Uthmaniyah | Iluminasi


Peluasan Kuasa Barat pada Zaman Uthmaniyah

  • Khalifah Uthmaniyah (1300 - 1924 Masihi) ialah kerajaan islam yang berpusat di Turki dan satu daripada 3 kerajaan islam yang besar pada abad pertengahan iaitu Kerajaan Safawi di Persia (Iran) dan Kerajaa Mughul (India).
  • Empayar Turki Uthmaniyah sebuah daulah khalifah yang hebat dan agung mulai merosot dan mundur sejak pemerintahan terakhir Sultan Sulaiman Agung (Sulaiman The Magnificent)
  • Keruntuhan kerajaan Uthmaniyah disebabkan oleh kelemahan pentadbiran dan ini membuatkan peluasan kuasa barat semakin hebat. Keadaan ini menjadi semakin parah apabila Napoleon I, Jeneral Perancis menguasai Mesir pada tahun 1978
  • Sejak itu, Kerajaan Utmaniyah digelar The Sick Man of Europe (Orang Sakit dari Eropah) kerana pemerintahan dari hari ke hari semakin lemah dan membiarkan wilayahnya dirampas oleh orang-orang Eropah tidak seperti dulu, Kerajaan Utmaniyah dapat mengalahkan tentera-tentera Eropah.
Faktor-Faktor peluasaan kuasa barat pada zaman Utmaniyah

Faktor ini terdiri dari 4 iaitu Politik, Ekonomi, Agama, dan faktor lain

Politik

Dasar Imperialisme
  • Dalam konteks Barat. Peluasan kuasa, Barat melakukan penjajahan ekoran timbulnya perasaan sombong, ego, dan ingin berkuasa. Bapa imperiaslime moden Inggeris iaitu Cecil Rhodes telah berkata: " Kita ialah ras yang tertinggi di dunia, maka makin luas bumi yang kita duduki makin baik untuk umat manusia"
  • Imperialisme  Barat juga melibatkan cita-cita kebendaan dan mereka ini juga merupakan gerakan besar-besaran dari aspek perdagangan, politik, kebudayaan, dan migrasi rakyat.
  • Peringkat awal faktor kedatangan Barat ialah 3G ( Gold, Gospel, Glory)
  • Faktor lain ada 3 iaitu A) White's Man Burden - telah dipopularkan oleh Rudyard Kipling seorang penulis yang berjiwa imperialis di sekitar abad ke-19 dan ke-20 Masihi. Sesuatu yang tersirat di sebalik frasa ini ialah bangsa kulit putih sememangnya bertamadun dan mereka mempunyai beban, iaitu bertanggungjawab untuk memajukan bangsa yang mendiami kawasan Asia dan Afrika. B) Manifest Destiny- rangkai kata yang digunakan oleh pihak penjajah bagi menunjukkan bahawa penjajah yang dilakukan oleh mereka adalah wajar, dengan itu harus diterima kerana penjajahan mereka merupakan ' takdir yang dikabulkan oleh Tuhan'. C) Mission Civilisatrice- frasa kata dalam bahasa Perancis yang digunakan oleh pihak imperialis dengan maksud penjajahan itu dilakukan untuk tujuan mentamadunkan dunia bukan Eropah yang dikira mundur
Pakatan Eropah

Pada tahun 1914, tercetusnya Perang Dunia Petama yang menyaksikan kuasa besar iaitu. 
a) Pakatan Bertiga ( British-Perancis-Russia) 
b) Pakatan Pusat (Jerman dan Austria/Hungary)

  • Pakatan Bertiga telah menentang Pakatan Pusat. Setelah perang berterusan makan negara lain seperti Amerika Syarikat dan Itali menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.
  • Pakatan Bertiga telah menyerang hebat Kerajaan Turki Uthmaniyah yang berada dalam Pakatan Pusat yang menyebabkan kekalahan yang teruk. Oleh itu, kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Manakala Kerajaan Islam Barat ( Algeria,Sudan)  dikuasai oleh Perancis. Kerajaan islam juga diserang dari Utara oleh Rusia yang menyaksikan kawasan utara kerajaan Islam jatuh ke tangan Rusia 
  • Pakatan Greece-Montenegro dan Bulgaria wujud pada 29 Mei 1912. Montenegro mendatangani perjanjian dengan Serbia dan Bulgaria untuk bersedia berperang. Kerajaan Uthmaniyah terpaksa berhadapan dengan pencaturan politik daripada jiran-jirannya Balkan
  • Konflik yang dialami oleh empayar Uthmaniyah di rantau Balkan terjadi apabila Austria berjaya menguasai Bosnia dengan sokongan dari Rusia. Serbia pula membentuk pakatan dengan Bulgaria pada 13 Mac 1912 untuk menghalang monopoli oleh Austria.
  • Peperangan Balkan yang pertama meletus apabila pasukan tentera Montengero bergerak masuk ke Utara Albania dan Novi Pazar pada 8 Oktober 1912. Montengero menutut kuasa autonomi ke atas wilayah di Eropah.
  • Siri kedua Perang Balkan ini meyaksikan kekalahan Empayar Uthmaniyah. Albania mendapat kemerdekaan dan memberi sokongan kepada Itali untuk berkuasa di Adriatik
  • Perancis dan Britain membuat Perjanjian Rahsia Sykes-Picot
  • Sementara itu pada tahun 1917, British mengisytiharkan Deklarasi Balfour iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan yahudi Britain ketika itu, yang menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi.

Ekonomi

Faktor ekonomi dapat dilihat apabila lahirnya syarikat-syarikat perdagangan (trading companies) dan teori-teori perdagangan (theories of merchantilism). Kedua-dua perkembangan ini menandakan kebangkitan sistem kapitalis yang berasaskan riba yang kemudiannya menyebabkan meletusnya persaingan kuasa, peperangan serta penjajahan dalam kurun ke-17 dan 18 Masihi. Pada abad ke-19 Masihi dianggap masih perluasan kuasa Barat kerana dorongan oleh pelbagai faktor (kapal). Oleh kuasa barat campur tangan keatas ekonomi

Monopoli Bahan Mentah
  • Kepentingan ekonomi telah mendorong kuasa-kuasa Barat untuk campur tangan di negara-negara Asia. Mereka ini berminat dalam menguasai kekayaan dan bahan mentah (minyak, biji timah, arang batu dan sebagainya). Contohnya, kuasa Barat mahu menguasai hasil minyak akan tetapi sumber ini banyak terdapat di kawasan yang didiami oleh sejumalah besar penduduk Islam seperti di Asia Barat
  • Keinginan ini semakin berkembang selepas meletusnya Revolusi Perindustrain (akhir kurun ke-18 dan awal kurun ke-19). Kuasa Barat berlumba-lumba untuk mencari kawasan yang kaya bahan mentah untuk memenuhi keperluan negara masing-masing
Krisis Ekonomi Mesir
  • Mesir, negara provinsi kepada kerajaan Uthmaniyah telah menghadapi krisis ekonomi yang serius menjelang 1780 kerana kelembapan ekonomi luar negara serta masalah dalaman negara apabila sistem pentadbiran tidak mampu mengatasi masalah tersebut.
  • Pada 1782, nilai Para (mata wang perak yang digunakan oleh Mesir pada masa tersebut) telah jatuh menjunam dan berlakunya inflasi (kenaikan harga barang secara berterusan)
  • Cukai yang tinggi berlaku apabila keluaran Mesir tidak kompetitif di pasaran antarabangsa. Pada ketika itu Mesir bergantung kepada bekalan bahan mentah yang diperlukan oleh kilang-kilang di Eropah. Pergantungan sepenuhnya ini telah memberi Eropah peluang yang besar dalam campur tangan ekonomi untuk menguasai ekonomi Mesir
Agama
  • Pada abad ke-15 Masihi imperialisme Barat bermula di Timur dan dunia Islam pada ketika itu mula diancam oleh pengaruh luar (Barat) serta berlaku beberapa siri peperangan termasuk Perang Salib antara tentera Islam dengan tentera Kristian.
  • Imperialisme Barat terhadap kerajaan Uthmaniyah ini juga didoroang oleh faktor kekalahan dan kekecewaan mereka dalam Perang Salib. Orang kristian menyimpan dendam terhadap orang Islam dan mereka ingin membalas dendam dengan mengunakan pendekatan berbeza, iaitu dengan melakukan penjajahan
  • Penjajahan yang dilakukan merupakan satu tugas suci dan kesinambungan daripada matlamat Perang Salib dalam bentuk baharu.
  • Lanjutan daripada Perang Salib juga didorong kuasa Barat mengkristiankan masyarakat tempatan di negara-negara Asia bagi menyaingi pengaruh agama Islam yang kukuh bertapak di Asia
  • Dalam proses penjajahan tersebut, pihak gereja telah memainkan peranan yang aktif dengan mengirimkan misi-misi untuk menyokong penaklukan yang dilancarkan oleh pihak tentera tanpa mengira soal kekejaman, penindasan dan kezaliman yang berlaku. Pihak gereja selaku sekutu kepada imperialisme yang menindas menyebabkan tindakan ini terus diakui sebagai musuh ketat Islam

Faktor-Faktor Lain

  • Proses perluasan kuasa atau penjajahan itu telah dibantu juga oleh beberapa hal yang timbul dalam masyarakat Eropah sendiri di sekitar kurun ke-16 dan ke-18 Masihi. Antaranya, perkembangan dalam bidang sains dan teknologi perhubungan dan pengangkutan, serta revolusi dalam ilmu pengetahuan menjadi pemangkin kepada campur tangan kuasa-kuasa Barat di Asia.
  • Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan perjalanan dan menjimatkan kos pengangkutan antara Barat dengan Timur.
  • Penghasilan telegraf dalam bidang telekomunikasi mempercepatkan penyebaran maklumat terutamanya dalam urusan perniagaan dan perdagangan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bincangkan peranan Rashid Rida dalam gerakan pembaharuan di Mesir

Faktor kemunculan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu di Nusantara dari abad ke-16 hingga 17 Masihi