Faktor kemunculan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu di Nusantara dari abad ke-16 hingga 17 Masihi

Soalan Sejarah Semester 2 (940/2)                                                     
                                          
                                       Kesultanan Aceh - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Bincangkan faktor kemunculan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu di Nusantara dari abad ke-16 hingga 17 Masihi. (20 markah)

Pendahuluan.
  • Kemunculan pengaruh Acheh di rantau Nusantara bermula selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511. Keadaan ini membuka ruang kepada Acheh mengambil alih peranan Melaka sebagai pusat perdagangan di Nusantara. Bahkan, kerajaan Acheh turut menjadi pusat perkembangan ilmu dan penyerbaran Islam
  • Zaman kekuasaan Acheh antara awal abad ke-16 hingga pertengahan abad ke-17 masihi iaitu dari zaman pemerintahan Sultan Ali Mughayat Syah (1520-1539M) hinggalah ke zaman pemerintahan Sultan Shati'atuddin Tajul Alam (1641-1675M). Sultan-sultan Acheh terkemuka yang lain antaranya Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar Thani.
  • Pada zaman keagungan, Acheh bukan sahaja muncul sebagai sebuah empayar politik yang luas, bahkan berjaya menjadi pusat perkembangan ilmu terpenting di Nusantara.
  • Acheh menjadi tumpuan para pedagang, ulama dan cendiakawan Islam dari seluruh pelusuk dunia.
1,Peranan Sultan
  • Sultan-sultan Acheh memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu. 
  • Contohnya, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan Sultan Thani meminati dan menaungi kegiatan keilmuan dan perkembangan ilmu dan perkembangan Islam. Kecintaan para sultan terhadap ilmu mmpengaruhi minat rakyat jelata terhadap pengajian ilmu. 
  • Para sultan mengambil berat pelaksanaan pendidikan dari peringkat rendah hingga tinggi. 
  • Institusi pengajian tinggi Acheh berjaya menjadi tahap tertinggi setaraf dan setanding dengab universiti di Timur Tengah. 
  • Istana sultan menjadi pusat perkembangan ilmu. 
  • Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menubuhkan Lembaga Pelaksanaan Pendidikan terdiri daripada Balai Setia Hukama, Balai Setia Ulama dan Balai Jama'ah Himpunan Ulama. Lembaga ini berfungsi membalas, membincang dan menguruskan isu-isu yang berkaitan dengan ilmu dan pendidikan. 
2. Hubungan diplomatik
  • Para pemerintah Acheh mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam bagi menggiatkan lagi perkembangan ilmu. 
  • Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Mansur Syah (1579-1585M) beberapa buah negara di Timur Tengah dan India telah menghantar beberapa ulama ke Acheh. 
  • Di antaranya Syeikh Abdul Kadir Ibnu Hajar dan Syeikh Muhammad Yamani dari Makkah serta Syeikh Muhammad Jailani Ibn Muhammad ar-Raniri dari Gujrat, India. 
  • Dengan kepakaran para ulama luar negara ini telah merangsangkan perkembangan ilmu dan berjaya menjadikan Acheh sebagai pusat aktiviti Keilmuan bertaraf antarabangsa. 
3. Kewujudan institusi pengajian dan sistem pendidikan yang lengkap dan sistematik. 
  • Di Acheh, terdapat satu sistem sekolah agama yang teratur berdasarkan tahap pengajian rendah, menengah dan tinggi. 
  • Institusi pengajian Islam di peringkat rendah dikenbali sebagai 'Meunasah', di peringakat menengah dikenali sebagai 'Rangkang' dan 'Dayah' serta peringkat tinggu dikenali sebagai 'Jami' ah Baitul Rahman'. Masjid juga merupakan institusi pengajian ilmu popular di Acheh. 
  • Di peringkat rendah, mata pelajaran yang diajar termasuk membaca dan menulis huruf Arab, membaca al-Quran dan mempelajari fardu ain seperti Rukun Islam
  • Di peringkat menangah, mata pelajaran yang diajar termasuk Feqah, Tauhid, Ibadat, Tafsir dan Bahasa Arab
  • Di peringkat tinggi yang setaraf universiti diajar mata pelajarn Hukum Islam dan pelajaran ilmu lain seperti mana yang diajar di pusat pengajian tinggi di Mesir, Turki dan Baghdad. Terdapat 17 fakulti di Jami'ah Baitul Rahman termasuk Fakulti Ilmu Tafsir dan Hadis, Fakulti Kimia, Fakulti Kedoktoran
  • Sistem pendidikan teratur dan lengkap menjadikan Acheh tumpuan pencinta ilmu, khasnya ilmu Islam dan secara tidak langsung menjadikan Acheh pusat perkembangan Islam.
4. Kedudukan strategik
  • Kedudukan Acheh di bahagian Sumatera Utara membolehkannya menguasai kawasan Pantai Barat Pulau Sumatera dan lalu lintas di sekitar Selat Melaka.
  • Lokasinya membolehkan saudagar-saudagar Islam yang hendak ke China dan India singgah di kawasan ini terlebih dahulu.
  • Peranannya sebagai pusat persinggahan para pedagang Islam menjadikan Acheh pilihan terbaik sebagai pusat perdagangan
  • Kedatangan para pedagang Islam membawa implikasi besar terhadap perkembangan ilmu Islam di Acheh kerana sebahagian besar pedagang Islam merupakan ulama dan pendakwah.
5.Peranan golongan ulama tempatan dan luar 
  • Golongan ulama memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu di Acheh 
  • Golongan ulama bertindak sebagai tenaga pengajar dan penasihat sulatan yang banyak menyumbang kepada kemajuan ilmu di Acheh. Sultan-sultan Acheh sentiasa menggalakan kedatangan para ulama dari luar negara khasnya dari Arab, Turki dan Parsi
  • Golongan pemerintah mendapat nasihat dan pandangan para ulama dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran. Umapanya, ulama Nuruddin al-Raniri menjadi penasihat kepada Sultan Iskandar Thani.
  • Golongan ulama menjadi guru-guru di institusi pendidikan termasuk masjid.
  • Selain itu, mereka begitu giat mengaranh kitab-kitab agama dalam pelbagai dispilin ilmu. Syeikh Nuruddin al-Raniri direkodkan telah menghasilkan lebih kurang 25 buah kitab. Antaranya ialah Hujjatus Siddiq berkaitan ilmu tauhid.
  • Ulama-ulama tempatan berganding bahu bersama ulama-ulama dari luar negara memajukan bidang pengetahuan dan sistem pendidikan di Acheh. Antara ulama tempatan ialah Bukhari al-Jawhari, Abdul Rauf Singkel, Hamzah Fansuri dan Shamsudin al-Sumatrani. Antara ulama luar negara seperti Syeikh Abdul Kadir Ibnu Hajar dari Makkah dan Syeikh Muhammad Jailani Ibu Muhammad ae-Raniri dari India.
  • Sumbangan bersama ulama-ulama dari dalam dan luar negara telah menyemarakkan lagi perkembangan ilmu di Acheh.
6. Peranan golongan pedagang
  • Golongan pedagang memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu di Acheh
  • Selepas kejatuhan Melaka, para pedagang Islam mula bertumpu ke Acheh. Dasar kerajaan Acheh menggalakkan para pedagang Islam berlabur di situ. 
  • Golongan pedagang bukan sahaja datang untuk berdagang tetapi juga untuk mempelajari dan mengembangkan ilmu Islam kerana sebahagian mereka merupakan ulama dan pendakwah
  • Situasi ini merangsang pertumbuhan pelbagai institusi pengajian di Acheh dan seterusnya menggalakkan kegiatan keilmuan.
7. Perkembangan bahasa Melayu
  • Golongan ulama telah menhasilkan banyak karya dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab yang digunakan secara meluaskan di institusi pendidikan Acheh.
  • Dengan adanya pelbagai karya dalam pelbagai bidang, perbendaharaan bahasa Melayu banyak dipengaruhi dengan istilah Arab
  • Acheh dan Patani merupakan kerajaan dan pusat ilmu terawal mengeluarkan buku-buku agama dan sastera dalam bahasa Melayu.
  • Buku-buku ini dikarang dalam bentuk puisi dan prosa yang menyentuh aspek sejarah, agama, kesusteraan serta kenegaraan. Contohnya Sirat al-Mustakim dan Akbar al-Akhirat karangan Nuruddin al-Raniri. Hamza Fanzuri menhasilkan Syair Burung Pingai, Syair Burung Pungguk, Syair Perahu dan Syair Dagang yang menyentuh ilmu usul, Kepercayaan dan Kecintaan kepada tuhan.
  • Kesan daripada perkembangan ini, perbendaharaan kata Melayu Arab semkain bertambah luas kerana sebahagian besar daripada kerya-karya besar ini menggunakan bahasa Arab. Kemasukan perkataan-perkataan Arab ini adalah disebabkan wujudnya keperluan untuk menyatakan sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan dengan menggunakan bahasa tempatan.
  • Perkembangan ini bukan sahaja memberi faedah kepada perkembangan bahasa Melayu sahaja bahkan telah mengangkat taraf bahasa ini sebagai media ilmu pengetahuan
  • Melalui kaedah inilah Acheh berkemampuan muncul sebagai pusat perkembangan ilmu terpenting dalam usaha menyebarkan pelbagai disiplin ilmu ke wilayah-wilayah lain di Nusantara yang turut sama menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
  • Perkembangan bahasa Melayu turut dipengaruhi oleh aktiviti penterjemahan karya bahasa Arab.
8. Kegiatan penulisan karya ilmiah 
  • Hasil penulisan para ulama tempatan dan luar negara turut membantu perkembangan ilmu di Acheh.
  • Karya-karya ini menjadi teks-teks pengajian di pelbagai institusi pendidikan. Kebanyakan karya agama bercorak tasawuf dalam bentuk prosa dan puisi
  • Antara karya yang terkenal ialah Asyrabul Asyikin, Asrarul Arifin, As-Siratul Mustaqim dan Mir'at Tullah.
  • Karya Hujjatus Siddiq karangan Syeikh Nuruddin al-Raniri mengenai ilmu tauhid.
9. Kekosongan pusat ilmu di Nusantara 
  • Kejatuhan Melaka kepada Portugis pada tahun 1511 telah menjadi pemangkin kepada kebangkitan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu. Penjajah Portugis menindas dan memberi layanan buruk kepada pedagang Islam.
  • Situasi ini bukan sahaja menyebabkan para pedagang Islam beralih haluan ke Acheh tetapi turut diikuti para ulama serta pelajar yang ingin mendalami pelbagai disiplin ilmu.
  • Situasi ini membuka ruang kepada Acheh muncul sebagai pusat perkembangan ilmu terkemuka di rantau Nusantara.
Kesimpulan
  • Pada zaman kegemilangan Acheh, para sultan mewujudkan institusi dan sistem pendidikan sistematik bagi memastikan agama Islam dan bidang ilmu pengetuhan dapat berkembang pesat.
  • Kedatangan pelbagai lapisan masyarakat ke Acheh untuk mendalami dan mengajar ilmu-ilmu Islam menyebabkan Acheh digelar 'Serambi Makkah'.
  • Kegiatan keilmuan berjaya meletakkan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu utama di Nusantara pada abad ke-16 hingga 17 Masihi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bincangkan peranan Rashid Rida dalam gerakan pembaharuan di Mesir

Peluasan kuasa barat: Perluasan Kuasa Barat pada Zaman Uthmaniyah