Cara pemulangan bungkusan kepada pihak shopee
Helo semua, jadi entri untuk hari ini ialah bagaimana cara pemulangan barang kepada pihak Shopee . Pemulangan pembelian atas talian ni ada 2 kategori iaitu manual pos (kena beli penjejak) dan melalui shopee (percuma penjejak). Jadi hari ini saya akan ajar penjejak yang disediakan oleh shopee. Cara pemulangan ni mudah sahaja sebenarnya tapi kena ada printer, laptop, pembungkus, dan pita kedap . Langkah 1. Kena pergi ke profile dulu > pembelian saya > untuk menerima (pembelian barang yang hendak dipulangkan) > meminta pemulangan item/wang (kena tunggu penjual tersebut terima maklum balas pembeli dalam masa 3 hari) Langkah 2: Bungkus barang tersebut seperti mana yang diterima oleh penerima, jika tidak item/wang tidak akan dikembalikan secara automatis ini akan merumitkan lagi keadaan. Pembeli kena tampal affix bill return airway pada bungkusan. Affix the return airway bill shopee ( penjejak percuma