Cara mengirim barang ke China
Hai korang semua. Selamat datang ke Sabahan Blogger.
Jadi hari ni saya mahu kongsi pengalaman saya cara mengirim barang ke China. Disebabkan ramai yang tak tahu tentang kewujudan perkhidmatan kurrier pos laju ini maka saya ingin kongsikannya,
Tanpa membuang masa saya akan memperkenalkan FlexiPack International. Flexipack ni ada 2 kategori iaitu biru ( selain negara Asean ) dan magenta pula ( negara Asean ). Seperti biasa tiap bungkusan mempunyai size dari XS-XL namun had maksium yang boleh digunakan sampai 2kg sahaja.
Mengapa Flexipack International sesuai untuk anda ?
- Lebih 200 destinasi di seluruh dunia
- Penghantaran dari pintu ke pintu (bersemuka)
- Pembungkusan yang selesa
- Jimat dan berbaloi
- Boleh dikesan ( kena beli penjejak)
- Diinsurankan (bergantung pada ketersediaan)
Untuk harga bagi setiap bungkusan berbeza mengikut zone negara dan size. Saya pun mau buat pemulangan item yang saya beli dekat AliExpress sebab rusak, jadi saya pun beli bungkusan ni sebab ada terbaca dekat facebook pasal perkhidmatan ni hahhaha. Harga dia pun ngam juga sebab murah, saya beli yang warna biru tu sebab mau hantar ke China dalam harga RM20 (200g) macam tu tapi sekarang tak tahu harga berapa sudah tu pun beli masa tahun 2016.
Tapi bungkusan ni tidak sediakan penjejak item (tracking) jadi kena beli berasingan dalam RM8+ tapi pekerja itu cakap tidak beli pun tidak apa. Bukan apa tapi takut ja nanti barang tu hilang atau salah hantar sebab penjejak tu tiada. Lagi 1 bungkusan ni guna penerbangan alah yang macam biasa tu dari SM ke SS / SS ke SM bukan guna laluan laut. Hebat bukan ??. Jadi dalam masa 2 minggu tu barang sudah sampai ke alamat pengirim guna penjejak item semua ni boleh jejak (worldwide track courier) atau guna poslaju sediaada (poslaju penjejak).
Cara pembelian macam biasa dekat kios pos laju semua ada tapi tengok size stok ada atau tiada. Pastikan zone negara and size betul hehhehe. Selamat mencuba
Ulasan
Catat Ulasan