Soalan sejarah semester 2 STPM
Salam sejahtera semua para pembaca, diharapkan semua sihat selalu dan dimurahkan rezeki. Sebelum masuk ke entri pada hari ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana berkunjung ke blog yang tidak seberapa ini.
Soalan ini diambil dari buku latihan dan tidak ditapis oleh Majlis Peperiksaan Malaysia sebenar dan ini hanyalah sebagai latihan bagi mengasahkan lagi ilmu.
Modul 1
1. Huraikan perkembangan masyarakat Islam pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin (20m)
2. Jelaskan sumbangan Salehuddin al-Ayyubi dalam menegakkan kerajaan Islam di Mesir pada abad ke-11 (20m)
3. Terangkan kegiatan ekonomi di Melaka pada abad ke-15 Masihi.
4. Nilaikan sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran pada abad ke-15 Masihi (20m)
5. Sejauh manakah anda bersetuju bahawa bahasa dan kesusasteraan memainkan peranan yang penting dalam kebangkitan semangat nasionalisme di Mesir pada awal abad ke-20 Masihi (20m)
6. Huraikan kesan penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama (20m)
Modul 2
1. "Sebagai pemimpin masyarakat Islam, Nabi Muhammad S.A.W telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan keharmonian dan kesejahteraan hidup masyarakat Madinah". Bincangkan (20m)
2. Huraikan sumbangan dan kejayaan yang dicapai oleh Khalifah Harun al-Rasyid dalam bidang sosioekonomi.
3. Jelaskan pelaksanaan jizyah pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin (20m)
4. Terdapat pelbagai institusi pendidikan pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah. Berikan ulasan anda tentang perananya dalam perkembangan ilmu pada abad ke-12 Masihi (20m)
5. Jelaskan reaksi masyarakat tempatan di Mesir terhadap perluasaan kuasa Barat pada abad ke-19 Masihi dan ke-20 Masihi (20m)
6. Huraikan faktor-faktor yang mendorong pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke-20 Masihi (20m)
Ulasan
Catat Ulasan