Cara pemulangan bungkusan kepada pihak shopee

                               Leading Online Shopping Platform In Southeast Asia & Taiwan | Shopee



Helo semua, jadi entri untuk hari ini ialah bagaimana cara pemulangan barang kepada pihak Shopee.
Pemulangan pembelian atas talian ni ada 2 kategori iaitu manual pos (kena beli penjejak) dan melalui shopee (percuma penjejak). Jadi hari ini saya akan ajar penjejak yang disediakan oleh shopee.


Cara pemulangan ni mudah sahaja sebenarnya tapi kena ada printer, laptop, pembungkus, dan pita kedap

Langkah 1. Kena pergi ke profile dulu > pembelian saya > untuk menerima (pembelian barang yang hendak dipulangkan) > meminta pemulangan item/wang 

(kena tunggu penjual tersebut terima maklum balas pembeli dalam masa 3 hari)

Langkah 2: Bungkus barang tersebut seperti mana yang diterima oleh penerima, jika tidak item/wang tidak akan dikembalikan secara automatis ini akan merumitkan lagi keadaan. Pembeli kena tampal affix bill return airway pada bungkusan.


        
                                     Affix the return airway bill shopee ( penjejak percuma ) fungsi affix ni mengalakkan orang ramai membeli barangan atas talian namun ada terma dan syarat.

Langkah 3: Akhir sekali, pembeli kena drop-off bungkusan itu di poslaju cawangan terdekat dalam tempoh 7 hari. Sekiranya tidak dihantar dalam tempoh tersebut, pemulangan item/wang terbatal serta-merta. Drop-off poslaju lokasi Semenanjung Malaysia bagi lokasi Sabah dan Sarawak boleh bertanya ke kaunter cawangan pos untuk bertanya drop-off atau penghantaran pos berkontrak 


Gambar ni sebagai rujukan, saya bungkus guna plastik hitam sahaja. 






Affix the return airway shopee kena copy 4 bahagian iaitu 1 untuk salinan penerima, 2 untuk salinan poslaju dan 1 lagi untuk tampal pada bungkusan. 


Setelah tiba di cawangan pos, kena isi borang poslaju berkontrak dahulu


Nombor 1 : Nombor akaun pada Affix return airway shopee
Nombor 2: Tarikh pengeposan
Nombor 3: Nama dan alamat pembeli mengikut affix return airway 
Nombor 4: Jumlah item pemulangan
Nombor 5: Tandatangan/ Cop syarikat


Untuk pengeposan mengambil masa dalam 2 hari untuk kemas kini dalam sistem penjejak poslaju


Selamat mencuba kepada para pembeli.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bincangkan peranan Rashid Rida dalam gerakan pembaharuan di Mesir

Faktor kemunculan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu di Nusantara dari abad ke-16 hingga 17 Masihi

Peluasan kuasa barat: Perluasan Kuasa Barat pada Zaman Uthmaniyah