Hari pertama Tingkatan 6

Hei semua saya asal dari Sabah (Kota Kinabalu) so hari saya mau cerita tentang hari pertama saya masuk ke Tingkatan 6 yalah sekarang tidak lama lagi graduan Tingkatan 5 ni mau memilih haluan konon. Jadi memandangkan tahun ni tahun palinggggg sedih sebab Covid-19 jadi lambat laa si kawan melanjutkan pendidikan hahahaha.

Jadi mau cerita laa pengalaman ni first time masuk Tingkatan 6. Saya bangun jam 5 pagi untuk siap-siap, jadi saya jalan dari lokasi saya ke kolej (biar rahsia hhahaha) sebab takut jem sama banyak lagi orang menumpang pergi kerja. 

Nahh!! sampai di kolej tu punya ramai orang macam mau pergi mengundi sebab mau dengar taklimat lagi untuk bayaran semua. Namun demikian, jenggg jenggg jenggg ada spot-check penampilan HAHAHAHA ni yang bikin saya kena tahan (rambut macam boleh pelihara nanas sudah panjang beii) so ramai laa lelaki kena tahan mau 2 barisan jugaa. 

Sebelum adik-adik daftar dekat mana-mana check dulu penampilan hheeheheh takut jadi macam kitaaa. So lepas sudah check semua baru boleh bayar pendaftaran sekolah (RM 500) jumlah anggaran termasuk PIBG + KOPERASI + YURAN. Lepas saja bayar tu semua dokumen yang diminta dalam surat tawaran tu mesti kena bawah ingat tauuu nanti merana kau sana duduk di sudut-sudut sudah lahh tidak kenal kawan-kawan sana HAHHAHAH maluuu tauu. Ohhh dan adik-adik boleh bawah ibubapa jugaa semasa mendaftar tapi yang paling baiknya berdikari sendiri sebab nanti masuk Universiti kau seorang jaa time tuu. Panjang pulaa saya bagi nasihat hahhahah tapi ada betul juga laa. Jadi selepas dokumen sudah diberi pada cikgu lepas itu boleh laa baikk yahuuuu. Semua petugas masa tu baik-baik tau (mpp) siap suruh pilih subjek lagi hhahahha 

Inilah titik permulaan hidup dalam kolej tingkatan 6.

#tingkatan6

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bincangkan peranan Rashid Rida dalam gerakan pembaharuan di Mesir

Faktor kemunculan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu di Nusantara dari abad ke-16 hingga 17 Masihi

Peluasan kuasa barat: Perluasan Kuasa Barat pada Zaman Uthmaniyah