Mukjizat doa dari Tuhan
Mukjizat kuasa doa dari Tuhan
Hello guys, hari ni saya mau sharing tentang mukjizat doa dari Tuhan. Mesti kamu ternanti-nanti pasal post saya ni kan sebab lama sudah tidak upload.
Sebelum saya memasuki industri perubatan ini asiehhh hahhaha, saya sudah bermimpi sebulan sebelum masuk KKM. Saya pun mula-mula tidak percaya sebab pernah dengar orang bercakap "mimpi cuma ilusi minda", lepas itu saya bangun terus kasitau dengan mama saya yang saya dapat kerja dengan KKM (serasa mimpi tu betul-betul real).
Sebulan selepas tu, check protal SPA9 dan saya melepasi syarat minumum separa perubatan ( mesti 5 kredit mata pelajaran teras) banyak kali sudah menjawab peperiksaan ni mula dari tahun 2017 hingga sekarang 2022. Tiba saatnya menjawab soalan psikometrik rasa macam cepat saja sebab jawab dalam masa 15 minit tapi peruntukan masa jawab soalan tu 1 Jam. Rasa bergegar juga menjawab tu sebab dalam hati memang kali ni kali terakhir jawab exam sebab MALAS ðŸ˜. Sebelum menjawab atau selepas menjawab soalan tu saya terus berdoa kepada Tuhan agar dapat bagi peluang lulus soalan ni untuk KALI INI saja.
Biasanya keputusan exam soalan akan keluar dalam masa 1 bulan dari tarikah jawab tu. Sekali lagi Tuhan telah membantu saya dalam exam itu, terus saya berasa doa saya ini telah dijawab dan didengari. Sudah rasa gembira kan sebab lulus pertama kali, tidak pernah lulus pun jawab exam dari tahun 2017 huuhu sedihhh 😂 terus kasi tau lah dalam group whatsapp keluarga yang saya lulus HAHAHAHAHH. Terus kena tunggu lagi dalam masa berapa minggu tu untuk ke temuduga hehe
Tiba saatnya ke sesi interview KKM, nasib la dekat saja di sana Likas,Kota Kinabalu. Cara berpakaian dan susunan file resume tu dapat dari group Facebook dan dari telegram, ni semua ada disana oh ya sama 1 lagi ada channel youtube juga cara-cara masuk dalam bilik, keluar bilik, jawab soalan dan banyak lagi laa. Untuk persoalan yang saya dapat tu yang ini, lain bilik lain panel soalan dia.
1. Perkenalan diri ( kasi kenal dari kamu dari asal, tempat tinggal, kelulusan pendidikan, aktiviti kokum, ibubapa dan adik beradik)
2. Skop kerja jawatan sikit saja macam 1 soalan
Selepas tamat sesi temuduga tu terus panel tu cakap, "Kau tidak layak jadi M.A ni bagus kau sambung degree". Serasa hati ini sudah tidak bernyawa perit, manis, keyakinan kau hilang begitu saja huhuuh. Buat yang belum tahu saya ni lepasan STPM dengan PNGK/CGPA (3.00) cikai-cikai jaa tapi bolehh laaa hahhahah. Biarpuan hati ku ini sudah tidak bernyawa tapi saya tetap berdoa kepada Tuhan atas pertolonganya dari awal hingga akhir dan bagi saya pengalaman TERMANIS hehheh
Dan akhir nya saya lulus temudaga KKM dan kini belajar sini di (ILKKM KK) di Sabah saja.
Semoga kuat dalam hadapi pembelajaran dari fizikal dan mental. Amen
Itu saja sharing saya, doa Tuhan memang tidak terjangkau dengan kuasa mukjizat.
Semoga kawan-kawan sesi batch Julai 2022 (Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan LULUS dengan jaya dihari kelak)
Ulasan
Catat Ulasan