Catatan

Analisiskan faktor yang mempengaruhi kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah pada awal abad ke-19 hingga awal abad ke-20 Masihi

PENDAHULUAN  Empayar Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul (Utahman I) pada tahun 1299 Masihi dan mencapai kegemilangan pada zaman Sulaiman al-Qanuni namun setelah kematian baginda pada tahun 1566, empayar ini mula merosot.  Hal ini telah menyebabkan pihak barat seperti Perancis, British dan Rusia berlumba-lumba meluaskan kuasa mereka ke atas empayar itu.  Namun disebabkan pelbagai factor akhirnya membawa kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah sehingga memberi impak kepada dunia islam . ISI-ISI PENTING 1. Kelemahan Pemerintah Selepas kemangkatan Sultan Sulaiman al-Qanuni , empayar Turki Uthmaniyah mula  menampakkan kejatuhan dan kemunduran kerana sultan-sultan selepas baginda  sangat lemah dari segi kepimpinan dan keperibadian. Sikap sultan yang mementingkan hiburan dan kesenian menyebabkan kerosakan moral. Contohnya Sultan Murad III telah dikuasai nafsu sepanjang pemerintahannya sehingga mempunyai 118 orang anak. Sultan Ibrahim pula membunuh 100 r...

Analisis soalan sejarah semester 2 (940/2)

Faktor kemunculan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu di Nusantara dari abad ke-16 hingga 17 Masihi

Imej
Soalan Sejarah Semester 2 (940/2)                                                                                                                                          Bincangkan faktor kemunculan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu di Nusantara dari abad ke-16 hingga 17 Masihi. (20 markah) Pendahuluan. Kemunculan pengaruh Acheh di rantau Nusantara bermula selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511. Keadaan ini membuka ruang kepada Acheh mengambil alih peranan Melaka sebagai pusat perdagangan di Nusantara. Bahkan, kerajaan Acheh turut menjadi pusat perkembangan ilmu dan penyerbaran Islam Zaman kekuasaan Acheh antara awal abad ...

Bincangkan peranan Rashid Rida dalam gerakan pembaharuan di Mesir

Imej
Tema 3: Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa Reaksi Masyarakat Mesir. Soalan: Bincangkan peranan Rashid Rida dalam gerakan pembaharuan di Mesir (20m) Pendahuluan Nama sebenar Rashid Rida ialah Muhammad Rashid bin Ali Rida bin Muhammad Shams al-Din bin Muhammad Baha al-Din bin Munla Ali Khalifah (1865-1935). Dilahirkan di kampung Qalamun berhampiran Tripoli, Syria pada 23 September 1865. Rashid Rida mendapatkan pendidikan awal di kuttab Qalamun dan melanjutkan pengajian di Madrasah al-Rasyidiyyah dengan mempelajari ilmu hisab, nahu, saraf, akidah dan sebagainya. Pada 1879, beliau belajar di Madrasah Wataniyyah yang didirikan ulama tempatan terkemuka, Sheikh Husain Jisr. Sheikh Husain memainkan peranan dalam menanamkan semangat ilmiah dan idea pembaharuan dalam diri Rashid Rida Pembentukan idealisme Rashid Rida dipengaruhi oleh pemikiran Imam al-Ghazali menerusi karya Ihya' Ulumuddin dan pemikiran Ibn Taimiyyah. Beliau mengikut perkembangan gerakan islah dunia Islam khasnya d...

Peluasan kuasa barat: Perluasan Kuasa Barat pada Zaman Uthmaniyah

Imej
Helo semua, apa khabar? Moga semua sihat-sihat selalu jangan lupa minum banyak air kerna cuaca sekarang tidak menentu. Jadi entri pada hari ini adalah tentang sejarah perluasan kuasa barat dan ini merupakan silibus bagi pembelajaran  STPM Peluasan Kuasa Barat pada Zaman Uthmaniyah Khalifah Uthmaniyah (1300 - 1924 Masihi) ialah kerajaan islam yang berpusat di Turki  dan satu daripada 3 kerajaan islam yang besar pada abad pertengahan iaitu Kerajaan Safawi di Persia (Iran) dan Kerajaa Mughul (India). Empayar Turki Uthmaniyah sebuah daulah khalifah yang hebat dan agung mulai merosot dan mundur sejak pemerintahan terakhir Sultan Sulaiman Agung (Sulaiman The Magnificent) Keruntuhan kerajaan Uthmaniyah disebabkan oleh kelemahan pentadbiran dan ini membuatkan peluasan kuasa barat semakin hebat. Keadaan ini menjadi semakin parah apabila Napoleon I, Jeneral Perancis menguasai Mesir pada tahun 1978 Sejak itu, Kerajaan Utmaniyah digelar The Sick Man of Europe (Orang Sakit dari Eropah) ...

Soalan sejarah semester 2 STPM

Salam sejahtera semua para pembaca, diharapkan semua sihat selalu dan dimurahkan rezeki. Sebelum masuk ke entri pada hari ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana berkunjung ke blog yang tidak seberapa ini.  Soalan ini diambil dari buku latihan dan tidak ditapis oleh Majlis Peperiksaan Malaysia sebenar dan ini hanyalah sebagai latihan bagi mengasahkan lagi ilmu. Modul 1 1. Huraikan perkembangan masyarakat Islam pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin (20m) 2. Jelaskan sumbangan Salehuddin al-Ayyubi dalam menegakkan kerajaan Islam di Mesir pada abad ke-11 (20m) 3. Terangkan kegiatan ekonomi di Melaka pada abad ke-15 Masihi. 4. Nilaikan sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran pada abad ke-15 Masihi (20m) 5. Sejauh manakah anda bersetuju bahawa bahasa dan kesusasteraan memainkan peranan yang penting dalam kebangkitan semangat nasionalisme di Mesir pada awal abad ke-20 Masihi (20m) 6. Huraikan kesan penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama (2...

Hotlink umumkan plan baharu?

Imej
Helo semua selamat datang ke blog Sabahan, Jadi entri hari ini akan membahaskan plan baharu dari hotlink. Mesti semua pernah dengar tentang telko ini bukan? Si merah.                                                     Jadi hari ini saya nampak dekat 'google feed' fungsi dia ni macam berita juga la, jadi saya tatal ke bawah dan nampak plan baharu hotlink ni. Saya pun terkejut juga sebab ni akan bagi impak yang besar kepada pengguna internet seharian dan kepada telko lain. Jadi apakah plan baharu hotlink ini? Hotlink tawarkan plan tanpa had internet (unlimited) dan penggilan percuma tempatan  klik sini Untuk plan ni harga bermula dari RM35 sebulan dan RM45 sebulan termasuk panggilan percuma. Apa beza bagi kedua plan ini? Untuk plan RM35 sebulan Internet tanpa batas (3Mbps) Panggilan percuma kesemua rangkaian tempatan Percuma premium akses  Viu Untuk ...