Catatan

Mukjizat doa dari Tuhan

Imej
Mukjizat kuasa doa dari Tuhan Hello guys, hari ni saya mau sharing tentang mukjizat doa dari Tuhan. Mesti kamu ternanti-nanti pasal post saya ni kan sebab lama sudah tidak upload. Sebelum saya memasuki industri perubatan ini asiehhh hahhaha, saya sudah bermimpi sebulan sebelum masuk  KKM . Saya pun mula-mula tidak percaya sebab pernah dengar orang bercakap " mimpi cuma ilusi minda ", lepas itu saya bangun terus kasitau dengan mama saya yang saya dapat kerja dengan KKM (serasa mimpi tu betul-betul real).  Sebulan selepas tu, check protal  SPA9  dan saya melepasi syarat minumum separa perubatan ( mesti 5 kredit mata pelajaran teras) banyak kali sudah menjawab peperiksaan ni mula dari tahun 2017 hingga sekarang 2022. Tiba saatnya menjawab soalan psikometrik rasa macam cepat saja sebab jawab dalam masa 15 minit tapi peruntukan masa jawab soalan tu 1 Jam. Rasa bergegar juga menjawab tu sebab dalam hati memang kali ni kali terakhir jawab exam sebab MALAS 😭 . Sebelum menjawab atau

Analisiskan faktor yang mempengaruhi kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah pada awal abad ke-19 hingga awal abad ke-20 Masihi

PENDAHULUAN  Empayar Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul (Utahman I) pada tahun 1299 Masihi dan mencapai kegemilangan pada zaman Sulaiman al-Qanuni namun setelah kematian baginda pada tahun 1566, empayar ini mula merosot.  Hal ini telah menyebabkan pihak barat seperti Perancis, British dan Rusia berlumba-lumba meluaskan kuasa mereka ke atas empayar itu.  Namun disebabkan pelbagai factor akhirnya membawa kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah sehingga memberi impak kepada dunia islam . ISI-ISI PENTING 1. Kelemahan Pemerintah Selepas kemangkatan Sultan Sulaiman al-Qanuni , empayar Turki Uthmaniyah mula  menampakkan kejatuhan dan kemunduran kerana sultan-sultan selepas baginda  sangat lemah dari segi kepimpinan dan keperibadian. Sikap sultan yang mementingkan hiburan dan kesenian menyebabkan kerosakan moral. Contohnya Sultan Murad III telah dikuasai nafsu sepanjang pemerintahannya sehingga mempunyai 118 orang anak. Sultan Ibrahim pula membunuh 100 ribu orang dan menyaksika

Analisis soalan sejarah semester 2 (940/2)

Faktor kemunculan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu di Nusantara dari abad ke-16 hingga 17 Masihi

Imej
Soalan Sejarah Semester 2 (940/2)                                                                                                                                          Bincangkan faktor kemunculan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu di Nusantara dari abad ke-16 hingga 17 Masihi. (20 markah) Pendahuluan. Kemunculan pengaruh Acheh di rantau Nusantara bermula selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511. Keadaan ini membuka ruang kepada Acheh mengambil alih peranan Melaka sebagai pusat perdagangan di Nusantara. Bahkan, kerajaan Acheh turut menjadi pusat perkembangan ilmu dan penyerbaran Islam Zaman kekuasaan Acheh antara awal abad ke-16 hingga pertengahan abad ke-17 masihi iaitu dari zaman pemerintahan Sultan Ali Mughayat Syah (1520-1539M) hinggalah ke zaman pemerintahan Sultan Shati'atuddin Tajul Alam (1641-1675M). Sultan-sultan Acheh terkemuka yang lain antaranya Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar Thani. Pada zaman keagungan, Acheh bukan sahaja

Bincangkan peranan Rashid Rida dalam gerakan pembaharuan di Mesir

Imej
Tema 3: Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa Reaksi Masyarakat Mesir. Soalan: Bincangkan peranan Rashid Rida dalam gerakan pembaharuan di Mesir (20m) Pendahuluan Nama sebenar Rashid Rida ialah Muhammad Rashid bin Ali Rida bin Muhammad Shams al-Din bin Muhammad Baha al-Din bin Munla Ali Khalifah (1865-1935). Dilahirkan di kampung Qalamun berhampiran Tripoli, Syria pada 23 September 1865. Rashid Rida mendapatkan pendidikan awal di kuttab Qalamun dan melanjutkan pengajian di Madrasah al-Rasyidiyyah dengan mempelajari ilmu hisab, nahu, saraf, akidah dan sebagainya. Pada 1879, beliau belajar di Madrasah Wataniyyah yang didirikan ulama tempatan terkemuka, Sheikh Husain Jisr. Sheikh Husain memainkan peranan dalam menanamkan semangat ilmiah dan idea pembaharuan dalam diri Rashid Rida Pembentukan idealisme Rashid Rida dipengaruhi oleh pemikiran Imam al-Ghazali menerusi karya Ihya' Ulumuddin dan pemikiran Ibn Taimiyyah. Beliau mengikut perkembangan gerakan islah dunia Islam khasnya d

Peluasan kuasa barat: Perluasan Kuasa Barat pada Zaman Uthmaniyah

Imej
Helo semua, apa khabar? Moga semua sihat-sihat selalu jangan lupa minum banyak air kerna cuaca sekarang tidak menentu. Jadi entri pada hari ini adalah tentang sejarah perluasan kuasa barat dan ini merupakan silibus bagi pembelajaran  STPM Peluasan Kuasa Barat pada Zaman Uthmaniyah Khalifah Uthmaniyah (1300 - 1924 Masihi) ialah kerajaan islam yang berpusat di Turki  dan satu daripada 3 kerajaan islam yang besar pada abad pertengahan iaitu Kerajaan Safawi di Persia (Iran) dan Kerajaa Mughul (India). Empayar Turki Uthmaniyah sebuah daulah khalifah yang hebat dan agung mulai merosot dan mundur sejak pemerintahan terakhir Sultan Sulaiman Agung (Sulaiman The Magnificent) Keruntuhan kerajaan Uthmaniyah disebabkan oleh kelemahan pentadbiran dan ini membuatkan peluasan kuasa barat semakin hebat. Keadaan ini menjadi semakin parah apabila Napoleon I, Jeneral Perancis menguasai Mesir pada tahun 1978 Sejak itu, Kerajaan Utmaniyah digelar The Sick Man of Europe (Orang Sakit dari Eropah)  kerana peme

Soalan sejarah semester 2 STPM

Salam sejahtera semua para pembaca, diharapkan semua sihat selalu dan dimurahkan rezeki. Sebelum masuk ke entri pada hari ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana berkunjung ke blog yang tidak seberapa ini.  Soalan ini diambil dari buku latihan dan tidak ditapis oleh Majlis Peperiksaan Malaysia sebenar dan ini hanyalah sebagai latihan bagi mengasahkan lagi ilmu. Modul 1 1. Huraikan perkembangan masyarakat Islam pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin (20m) 2. Jelaskan sumbangan Salehuddin al-Ayyubi dalam menegakkan kerajaan Islam di Mesir pada abad ke-11 (20m) 3. Terangkan kegiatan ekonomi di Melaka pada abad ke-15 Masihi. 4. Nilaikan sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran pada abad ke-15 Masihi (20m) 5. Sejauh manakah anda bersetuju bahawa bahasa dan kesusasteraan memainkan peranan yang penting dalam kebangkitan semangat nasionalisme di Mesir pada awal abad ke-20 Masihi (20m) 6. Huraikan kesan penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama (20m)